Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).
Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Monday, April 26, 2010

HARGA EMAS HARIAN

Ini adalah kompilasi harga-harga emas di Malaysia dan dunia.

1.
Harga Harian Syiling Kijang Emas
2. Harga Harian Emas Public Bank Gold Investment Account (GIA)
3. Harga Emas Public Fine Gold (Public Gold)
4. Harga Emas Public Dinar (Public Dinar)
5. Harga Dinar Emas Kelantan
6. Harga Emas UOB Bank Gold Products
7. Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia (FGJAM)
8. Harga Emas dunia (spot gold)
9. Harga Emas dunia (spot gold) dalam RM/gram
10. Harga Harian Emas Maybank Gold Saving

Saturday, April 24, 2010

Borang Tempahan Emas



Nama
Alamat
No. Telefon
E-mail
Tempahan




1 Dinar
Catatan/Mesej
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]


Powered byEMF Email Form

TERIMA KASIH

Tempahan Anda Akan Diuruskan Secepat Mungkin

Sila hubungi En Nazrin di talian emas 013-7785278 dan email ke aireen_nurina@ymail.com untuk memaklumkan anda telah membuat tempahan melalui blog www.pancaranemas.blogspot.com

Thursday, April 22, 2010

Mengapa Emas Jadi Pilihan

Perbezaan antara asset:

Ada diantara pelabur yang mempunyai portfolio yang tinggi mempunyai asset kewangan yang tersendiri sejak turun temurun terutama pelaburan saham dan bon. Sebab utama pelaburan ini untuk mempertahankan dan mengawal sekiranya disalahgunakan pihak tertentu.

Dalam kontek portfolio pembangunan, pelaburan dilihat sebagai satu keperluan yang tidak mempunyai risiko yang tinggi berbanding asset dan ianya mempunyai pulangan dan tabungan pada setiap pelaburan yang dilakukan. Pada setiap definasinya, pelaburan mampu mengelak kerugian yang besar malah mampu mengubah keuntungan.


Definasi sebenar

Kunci definasi dalam bentuk pelaburan berkait rapat antara satu sama lain kerana setiap pelaburan yang dilakukan berhubung rapat berbeza dengan konteks pelaburan sahamdan bom dimana setiap pelabur perlu mencari pelabur untuk menjual pasaran barangan yang ada sama ada mampu mencatatkan keuntungan atau sebaliknya.


Definasi untuk mengurangkan risiko

Ramai pelabur beranggapan bahawa setiap pelaburan yang dilakukan tidak lari dari menghadapi satu-satu risiko termasuk pembelian saham atau bomn namun dengan pelaburan ini kesan risiko dalam pelaburan emas adalah kecil dan rendah. Setiap urusniaga yang dilakukan tercatat bagi mengelak sebarang kesan yang berlaku.


I. Emas – Harga Simpanan

Sebab utama pelabur melihat pelaburan emas yang mempuyai kelas yang tersendiri kerana ianya sentiasa bertahan pada harganya tidak mudah kerugian pada harganya biarpun menghadapi situasi pasaran. Melalui petikan pakar ekonomi, Stephen Harmston dari Penasihat Bannock dalam laporan Kewangan Emas Sedunia 1998 memetik.

“…Sekiranya terhadap kesan pada harga pasaran, harga pasaran emas tidak akan berubah dalam tempoh masa yang lama seperti mana yang berlaku terhadap pasaran komuniti yang sentiasa berubah-rubah dan pada dasarnya pasaran emas sudah membuktikan keberkesanan pada harga kawalan dan ianya adalah lebih selamat pada ekonomi dan mampu mengelak berlaku inflasi dan mengawal ekonomi semasa. Dalam tempoh masa yang panjang, ekuti saham mampu mengugat pertukaran pasaran saham asing sekaligus hubungan antara pasaran saham akan berubah tetapi tidak pada pelaburan emas kerana dalam tempoh bertahan itu mampu mencatatkan keuntungan yang berharga.”


II. Emas – Portfolio dalam Inflasi Sifar

Antara kesan utama adalah untuk mempertahankan pasaran dalam sektor kewangan terhadap asset yang didagangkan dan emas dilihat satu pasaran yang cukup ideal bagi mengelak berlaku inflasi.

Definasinya Kunci Pelaburan Emas

Aspek utama dalam perlaburan adalah ianya terkawal dari segi risiko dan mempunyai pulangan yang dijangkakan dan amat kuat setiap kali pelaburan dilakukan terhadap pasaran sedia ada.

Memperkenalkan kelas yang tersendiri dan setiap pelaburan yang dilakukan mempunyai asst dalam komoditi kerana pencaturannya amat berbeza dalam setiap pelaburan yang dilakukan kerana ianya berfungsi secara lebih radikal dan selamat.

Sebab pembelajaran yang tersendiri menunjukkan teknik definasi secara tradisional termasuk pembelian saham dan bon menunjukkan kerugianv dan ada sedikit keuntungan pada setiap kali ianya didagangkan dipasaran. Biarpun membuat pelaburan yang kecil dalam urusniaga emas namun keuntungan yang dicatakan agak memberangsangkan.

6 Sebab utama mengapa perlu melabur emas.

  1. Mampu mengawal inflasi.
  2. Mampu mengawal pegedaran matawang dolar.
  3. Selamat setiap masa dalam pasaran semasa.
  4. Sebagai pasaran komoditi ianya adalah pasaran yang bagus dan baik kerana mempunyai pulangan yang tinggi.
  5. Penyimpan nilai.
  6. Portfolio dalam mengelak berlaku inflasi.


III. Menutup berlakunya Inflasi

Pelaburan emas dirangka untuk menutup berlakunya inflasi kerana tahap konsistennya diperakui berkesan kerana harganya sentiasa naik kerana harga emas tidak memberi sebarang kesan sampingan sejak perang dunia musim kedua dan kesan inflasi di amerika Syarikat untuk tempoh lima tahun turut menunjukkan kenaikkan pada 1946, 1974, 1975, 1979, dan 1980. Dalam tempoh masa itu, stok pulangan antara 12.33%; pada pulangan asal emas adalah 130.4%.

Hari ini, bilangan factor untuk mewujudkan perbezaan amat banyak sekali termasuk polisi pelaburan, pemotongan cukai, tempoh masa yang panjang untuk mengesahkanya termasuk memotong harga pasaran minyak dunia.

Minyak, Inflasi dan Emas
Harga pasaran minyak dan emas tidak sama antara satu sama lain hinggakan boleh menimbulkan pertanyaan mengenai harga pasaran minyak mampu memberi kesan terhadap harga emas kerana harga minyak sentiasa ada yang naik dan turun.Disini ada dua perbezaan kenaikkan harga pasaran emas yang berlaku pada1968. Kenaikkan harga pada 1972 dan 1974 turut melonjakkan kenaikkan sehingga 325%, antara US$2.44 kepada US$10.36. Dalam tempoh masa itu juga, harga emas turut sehingga 268% (pada suku tahun)(on a quarterly antara US$47.45 kepada US$174.76. Kenaikkan kedua pada harga berlaku pada 1978 dan 1980, apabila harga minyak naik sehingga 105%, dari US$12.70 ke US$26.00. dan masa yang sama, harga emas turut naik 254% dari US$178.33 ke US$631.40.


IV. Emas – antara pertukaran dollar

Emas dibeli dan dijual pada harga pasaran US, jadi tiada sebarang pertikaian mengenai harga berlaku sama ada naik atau sebaliknya.Matawang US Dollar adalah matawang yang kekal dan kenaikkan tidak begitu ketara dan ianya baik untuk simpanan dan pertukarannya boleh membuat perkiraan urusniaga komoditi.


V. Emas adalah selamat

Berdasarkan fakta bahawa Amerika Syarikat menggunakannya sebagai krisis komoditi dalam menggunakan sebagai pengawalan kuasa namun ia tidak memberi kesan yang kuat pada pasaran dunia termasuk memberi kesan pada pelabur pada satu-satu peringkat. Antara sebab utama adalah pada pasara emas tidak memberi kesan yang kuat namun begitu jika dilihat pada sistem perbankan agak ketara kesannya jika berlaku kesan ekonomi. Dan diharapkan dan juga amat penting pada pasaran dunia apabila kegagalan ekonomi global akan menjejaskan ekonomi dunia namun pelaburan emas masih lagi selamat.


VI. EMAS – bekalan dan pemintaan

Pertama, pemintaan agak ketara dan produkti emas sentiasa berubah, perak juga berubah dan secara puratanya ianya sentiasa berubah-ubah biarpun agak teruk untuk membuka pengurusan baru berasaskan pertukaran namun ianya dapat diselesaikan dalam satu tempoh masa yang cukup singkat seperti pengeluaran emas di Afrika Selatan sebagai pengeluar emas terbesar di dunia mencatatkan kejatuhan pada peringkat paling rendah pada 1931 dan kemudian terus tutup sehingga melantik Harmony Gold Mining Co dan berlaku kenaikkan pada harga emas setiap tahun selama 16 tahun lamanya.

Pemintaan yang meningkat terutama di China, India dimana India mencatatkan pengunaan emas yang paling banyak di dunia dan China mencatatkan pertumbuhan ekonomi dalam sejarah ekonomi paling moden dan kedua-dua negara melakukan liberalisasikan pada undang-undang untuk mengimport dan menjual emas.

China mengajar sesuatu yang baru dalam industri termasuk kenaikan ekonomi sehingga 9 % setahun dan akan menjadi negara kedua terbesar di dunia pada 2020 dibelakang Amerika Syarikat. Tahun lalu, Amerika Syarikat membelanjakan $162 billion lebihan dari barangan China berbanding barangan yang dibelanjakan China terhadap produk Amerika Syarikat dan perbezaan antara 25 % setiap tahun.

Muat Turun

Untuk mendaftar menjadi agen, anda boleh mendapatkan borang di sini.

1. Borang Pendaftaran Pelanggan pdf16.png
2. Borang Pendaftaran Pengedar Biasa pdf16.png
3. Public Gold Brochure (English) pdf16.png
4. Public Gold Brochure (Malay) pdf16.png
5. Public Dinar Brochure B pdf16.png
6. Public Dinar Brochure F pdf16.png
7. Borang Pengaduan

pdf16.png


Siaran Akhbar

Press Release

The latest news or press release from PFGI

02 Mar 2010 Diana Danielle Duta Barangan Kemas Public Gold -Sensasi Selebriti
02 Mar 2010 Public Gold tawar harga emas 15% lebih rendah-Metro Harian
24 Oct 2009 纽约时报:国债黑洞史上最大 日本恐破产 - Sin Chew Daily
24 Oct 2009 PFGI tawar pelaburan emas - Metro Harian
08 Oct 2009 双威镇分行今开张 Public Fine Gold设保险箱 - Nan Yang Siang Pau
26 Sep 2009 分析师惊人之语:美股涨势将终,黄金上看5千美元 - Sin Chew Daily
07 Sep 2009 Safe deposit box operator looks to tie-ups for expansion - New Straits Times
08 Jul 2009 “Amaran” from PFGI - Berita Harian
29 Jun 2009 “警告启示” from PFGI - Sin Chew Daily
27 Apr 2009 “中国提高储备 金价回扬”
28 Feb 2009 PFGI galak buat pelaburan dinar emas kerana banyak kelebihan - Metro
28 Feb 2009 Kelebihan melabur guna dinar emas - Berita Harian
25 Feb 2009 “通缩危机,比90年代日本严重•伍德:黄金最佳避险” - Sin Chew Daily
21 Oct 2008 Firma tawar pelaburan jual beli emas cara mudah - Berita Harian
18 Oct 2008 “不受股灾影响又能保值•投资“实黄金”最有效益” - Kwong Wah Daily

Emas Untuk Wang


PDF Cetak Emel

Emas untuk wang kerana ianya adalah pelaburan yang asli.

Image Emas adalah wang kerana ianya mudah diurusniaga dan dijual sama ada pada harga belian atau jualan serta mudah dibawa dan mempunyai pertukaran harga yang cukup tinggi.

Emas adalah wang kerana ianya diciptakan untuk dipecahkan sama ada menjadi syiling ketulan bar tanpa merosakkannya kerana ianya adalah emas asli .999 (99.9% asli) dan ianya amat bertepatan dalam melakukan mana-mana urusan dengan lebih mudah. Emas juga mudah diminati dan dikenali kerana setiap berat dikira atau ditimbang untuk menentukan harga pasaran yang sebenar.

Emas adalah wang kerana mudah untuk disimpan tidak mudah berkarat, reput atau busuk kerana ianya mempunyai nilai yang tersendiri dan mmpunyai nilaian yang amat tinggi diseluruh dunia sebagai sebuah barang mewah dan ianya menjadi eleman yang amat penting dalam industri besi terutama teknologi perbuatan Ini juga emas juga diterima diseluruh dunia sejak turun temurun lagi.

Emas juga sentiasa dikaitkan dengan pertukaran matawang asing dantidak perlu diperkatakan, dinilai harganya dan dijamin tahap keselamatan oleh kerajaan.

Sebagai bentuk pelaburan, emas dilihat sebagai asset kewangan yang boleh mempertahankan harga ketika suasana ekonomi, politik dan sosial semasa dan emas juga dilihat sebagai sebuah institusi pelaburan yang selamat.




The Precious Metal Gold

“We have gold because we cannot trust Governments.” President Herbert Hoover

The symbol of kings and the treasure of nations, desired by all but possessed by few, gold has been cherished for all of recorded history. In the 5th century B.C., Aristotle pondered the question of the perfect medium for money. He concluded that gold is perfect money for 5 reasons:

Durability
Gold won’t rot, break, crumble, decay, corrode or tarnish. Gold is unaffected by air, water, and even most acids.

Convenience and portability
A lifetime of wealth will fit in your pocket.

Divisibility
Gold can easily be divided into smaller amounts. An ounce of gold can be split 100 or even 1000 times.

Consistency
One ounce of pure gold is exactly the same as any other ounce, enabling worldwide trade and liquidity of gold – unlike unique items of jewelry or artwork.

Demand

Gold has a staggering variety of uses, even more today than in Aristotle’s time. Its unique properties keep the demand high and the relative scarcity of the metal insures continued value.

Gold is still perfect money, perhaps more perfect money than money. Gold remains the time-honored standard of wealth that no other currency can match.

Bagaimana Untuk Bermula..

Harga pasaran Public Gold mengikut pasaran harian emas di mana harga jualan mengikut harga pasaran antarabangsa untuk pembelian mahupun jualan.

Public Gold boleh dibeli dengan mudah oleh mana-mana individu tanpa had seperti yang dikehendaki termasuk untuk membeli, menjual atau menyimpan. Jongkong emas boleh dibeli 20 gram, 50 gram, 100 gram and 1 kilogram dan syiling emas boleh dibeli dengan 50 gram.

Harga berat emas Public Gold amat dikawal dan mempunyai standard yang tersendiri dan diperakui dalam memberi kemudahan untuk membeli atau menjual dengan rasa yakin.

Bilakah masa terbaik untuk membeli?

Inilah masa yang sesuai untuk melakukan pembelian dan jawapannya adalah
YA kerana pelaburan emas adalah untuk urusniaga jangka panjang. Ini lebih baik apabila memahami konsep sebenar Public Gold ketika melakukan urusniaga.

Anda boleh membeli emas Publid Gold di cawangan di seluruh negara dan untuk pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi den di talian
emas 013-7785278 atau emailkan ke aireen_nurina@ymail.com.. den sedia membantu anda...

Zakat Emas Dan Wang Simpanan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya,

Artikel kali ini saya nak bincangkan mengenai pembayaran zakat. Memandangkan ramai di antara kita, apabila disebut pasal simpanan EMAS atau apa-apa saja yang berkaitan EMAS secara automatik kita akan terbayang pembayaran ZAKAT..

Jika benar ini berlaku dikalangan kita, maka alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t kerana dengan adanya EMAS maka baru lah kita teringat pasal pembayaran ZAKAT. Setidak-tidaknya, kita tidak lupa akan kewajiban menunaikan Rukun Islam yg ke-5, Alhamdulillah.... :) Ada hikmah juga simpan emas ni..



"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu manjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui." - Surah At-Taubah (ayat 103)






"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat". Surah An-Nur (ayat 56)






"Dan (ingatlah wahai Muhammad), Ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan ALLAH, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa, dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil daripada kamu dan sememangnya kamu orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya." Surah Al-Baqarah (ayat 83)



Namun begitu, ada juga diantara kita apabila disebut pasal EMAS,
"alahai...malaslah aku simpan emas..nanti nak kena bayar ZAKAT pulak. Baik aku simpan duit aku dalam bank buat FD, boleh gak dapat 3-4% xpun dalam saham mana2 ke buleh la dapat 7-8% setahun.."
Nak melabur pun bagus juga, x salah..masing-masing ada cara perancangan penyimpanan masing-masing. Cuma, bila kita menyimpan secara wang simpanan, mungkin segelintir dari kita, x sedar bahawa ZAKAT wang simpanan juga perlu dikeluarkan.

"Zakat Wang simpanan pun kena keluarkan??Eh betul ke??nape aku x penah tau pun pasal ni??"


Tengok...bila cakap pasal EMAS..ramai di antara kita teringatkan ZAKAT, bila cakap pasal WANG SIMPANAN....?????hurmm..mungkin kerana EMAS tu nampak lebih bernilai yang menyebabkan kita terus terfikir pasal ZAKAT...Alhamdulillah...

Untuk makluman, x semestinya kalau kita simpan emas, kita wajib keluarkan zakat..semua tu bergantung sama ada melebihi nisabnya atau tidak..sama juga wang simpanan..x semestinya kalau kita simpan duit je..kita da kena zakat..semuanya bergantung kepada jumlah wang yang kita simpan.

Jom kita sama-sama baca petikan kat bawah ni.. rujukan Portal Lembaga Zakat Selangor


ZAKAT EMAS & PERAK


Emas dan perak adalah merupakan logam galian yang berharga kurniaan Allah SWT. Ia merupakan hasil bumi yang banyak manfaat kepada manusia dan manusia pula menjadikannya nilai tukaran wang bagi segala sesuatu. Sementara syariat pula mengibaratkan emas dan perak sebagai sesuatu kekayaan alam yang hidup dan berkembang. Syariat juga telah mewajibkan kedua-duanya boleh digunakan dalam bentuk wang atau kepingan, bekas bejana, cenderahati, ukiran atau perhiasan.
Zakat diwajibkan ke atas pihak yang memiliki emas dan perak apabila sampai nisab dan telah cukup haul setahun.


DALIL WAJIB ZAKAT
Firman Allah s.w.t:

"Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak dibelanjakan pada jalan Allah (tidak mengeluarkan zakat), maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya (iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi, rusuk serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka), inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu, oleh itu rasakan (azab dari) apa yang kamu simpan itu"
(Surah At-Taubah: 34-35)


Sabda Rasulullah s.a.w:

"Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari kiamat dijadikan kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka; setiap kali kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada pada hari yang kadarnya bersamaan dengan lima puluh ribu (50,000) tahun sehingga ia dihukum di antara hamba-hamba Allah maka dilihat jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka".

(Hadis riwayat Abu Hurairah)




KAEDAH KIRAAN ZAKAT EMAS & PERAK

  • Emas Perhiasan Wanita

    • Emas perhiasan wanita ialah emas yang dibeli atau digunakan sebagai perhiasan di badan. LZS (MAIS) mengambil kira kadar uruf emas bagi pemakaian perhiasan tersebut. Jika kadar pemakaian itu tidak mencapai atau melebihi kadar uruf, maka tidak wajiblah membayar zakat emas perhiasan tersebut. Kadar uruf emas di negeri Selangor ialah sebanyak 800 gram
    • Contoh:
      (Timbangan emas x harga semasa x 2.5%)
      900 gram x RM50 = RM45000 x 2.5% = RM1125

  • Emas Yang Disimpan

    • Bermaksud emas yang selain daripada perhiasan wanita yang dipakai di badan samaada dalam bentuk mata wang, simpanan, galian, peralatan rumah dan sebagainya.
    • Ia dikenakan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah yang ada sekiranya kadar yang dimiliki itu sama atau melebihi nisabnya iaitu 85 gram. Ia tidak sama dengan emas perhiasan yang dipakai. Nisab emas yang tidak dipakai ialah sebanyak 85 gram
    • Contoh:
      Timbangan emas x harga semasa x 2.5%
      90 gram x RM50 = RM4500 x 2.5% = RM112.50

  • Perak

    • Bagi logam perak, samaada dipakai sebagai barang perhiasan ataupun tidak (disimpan sebagai perhiasan di rumah), maka pengiraannya adalah berdasarkan nilai barang perak tersebut. Nisab bagi perak adalah sebanyak 595 gram atau lebih
    • Contoh:
      800 gram perak x RM0.90(segram) x 2.5% = RM18


ZAKAT WANG SIMPANAN

Mata wang wajib dikenakan zakat kerana ia boleh digunakan untuk bermuamalah sama dengan emas dan perak. Wang sama ada berbentuk kertas, syiling atau sebagainya setaraf dengan emas dan perak sebagai satu kuasa membeli. Nisab zakat wang simpanan adalah berdasarkan nilai semasa bagi nisab emas 20 mithqal (85 gram) atau perak (595 gram)


DALIL WAJIB ZAKAT

"Saidina Ali telah meriwayat bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: "Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham , dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun."




Kaedah Kiraan Zakat Wang Simpanan

  • Simpanan Tetap
    • Apabila sesuatu simpanan tetap itu telah genap setahun dan jumlahnya melebihi daripada paras nisab (nilai 85 gram emas), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah wang simpanan tersebut.


  • Simpanan Biasa
    • Ianya adalah dikira berdasarkan kepada jumlah baki terendah atau berakhir haul bagi simpanan tersebut.


  • Simpanan Dalam Satu Akaun
    • Jika sesuatu simpanan itu telah genap setahun dan baki terendahnya (setelah ditolak faedah yang ada dalam tempoh tersebut) adalah melebihi paras nisab, maka seseorang itu wajib untuk mengeluarkan zakat atas wang simpanan.


  • Simpanan Dalam Beberapa Akaun
    • Jika seseorang itu mempunyai beberapa akaun simpanan, maka baki terendahnya dari setiap akaun simpanan tersebut mestilah dicampurkan untuk mengira zakat walaupun mungkin jika dikira satu-satu akaun, baki terendahnya tidak mencukupi nisab.

Ok lah...saya rasa, cukup dulu untuk sementara waktu..semoga apa yang disampaikan ini dapat disebar-sebarkan..untuk makluman sekali lagi, maklumat diatas saya dapat dari Lembaga Zakat Selangor, jadi pengiraannya mungkin berbeza bagi negeri-negeri lain..Contoh pengiraan tersebut adalah sebagai panduan kepada kita..Wallahualam..

Inisiatif Malaysia Dalam Memperkenalkan Dinar Emas

Penggunaan dinar emas telah mula disuarakan oleh Dr. Mahathir bin Mohamad perdana menteri Malaysia yang ke 4.

Dr. Mahathir adalah seorang pemimpin yang dikenali dunia sebagai seorang yang bersuara lantang dan memiliki daya tahan yang tinggi di pentas politik antarabangsa.

Dr. Mahathir telah memainkan peranan yang penting di dalam menetapkan wawasan 2020 - satu visi untuk menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang maju.

Pada tahun 2001, Dr. Mahathir telah menyuarakan idea mengenai sistem pembayaran berteraskan emas - sistem dinar emas. Ia bertujuan membayar jumlah perdagangan dua negara ataupun berbilang negara sekali gus mengelakkan risiko kerugian di dalam urus niaga mata wang.

Untuk memahami kenapa Dr. Mahathir mencadangkan sistem dinar emas, kita perlu melihat kembali kepada krisis mata wang Malaysia yang berlaku pada Julai 1997.

Di dalam bukunya 'The Malaysian Currency Crisis, How and Why it happen' Dr. Mahathir menerangkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai perkembangan ekonomi yang kukuh. Ia berkembang sebanyak 8% setahun, memiliki politik yang stabil dan ekonomi yang kuat. Nilai mata wangnya adalah stabil dan hutang antarabangsanya masih di tahap boleh diuruskan. Justeru Malaysia bukanlah negara yang berpotensi menghadapi kemelesetan ekonomi.

Namun bermula pada Julai 1997, nilai mata wang Ringgit Malaysia mula jatuh dengan pantas dan pasaran saham menurun ke tahap yang paling rendah. Nilai Ringgi Malaysia terus jatuh tanpa dapat di tahan. Rakyat Malaysia kebingungan dengan situasi ini.

publicdinar2_clip_image004.jpg

Faktor utama kejatuhan nilai Ringgit Malaysia adalah berpunca daripada serangan spekulasi daripada peniaga mata wang. Dr. Mahathir menyalahkan para spekulator yang menyumbang kepada penurunan nilai RM sehingga menjejaskan keseluruhan ekonomi negara. Peniaga mata wang menurunkan nilai RM bukan kerana mereka takut nilai mata wang akan menurun sebaliknya mahu mengaut keuntungan dengan menjual mata wang.

Dr. Mahathir faham bahawa nilai mata wang boleh diserang kerana ianya bersandarkan sistem wang fiat. Wang fiat adalah wang yang diiktiraf sah oleh kerajaan tanpa disokong oleh apa-apa logam berharga seperti emas dan perak.

Di dalam satu ucapannya, Dr. Mahathir menyebut bahawa wang kertas memperoleh nilainya daripada pengiktirafan kerajaan. Kerajaan yang meletakkan nilai pada wang kertas berkenaan. Contohnya wang kertas RM1 mempunyai nilai kerana kerajaan yang mencetak nilainya di atas wang kertas berkenaan. Jika kerajaan mencetak RM5 atau RM10 ke atas wang kertas berkenaan, nilai kertasnya adalah tetap sama. Pengiktirafan dan jaminan kerajaan yang menyebabkan wang kertas mendapat nilainya.

Antara pengajaran yang diperoleh daripada krisis mata wang tahun 1997.

1. Wang kertas tidak mempunyai nilai - ia cuma nombor yang dicetak di atas kertas
2. Sistem kewangan global adalah tidak stabil dan tidak adil.
3. Negara membangun mempunyai sedikit ataupun tiada langsung pertahanan dari aktiviti spekulasi mata wang.
4. untuk melindungi diri sendiri, sesebuah negara perlu membina sistem perdagangan sendiri berteraskan nilai sebenar.
5. Emas mempunyai nilai yang stabil, selamat dan diterima di seluruh negara sebagai media pertukaran.

Inisiatif Dinar Emas oleh Dr. Mahathir.

Keberanian dan kejayaan Dr. Mahathir dalam mempertahankan ekonomi Malaysia daripada spekulator mata wang dan pengaruh IMF memberikan beliau pemahaman yang mendalam tentang kepentingan membangunkan sistem perdagangan berteraskan emas untuk negara-negara Islam. Bagi dunia Islam, inisiatif menggunakan emas untuk penyelesaian perdagangan antarabangsa boleh menjadi paksi untuk menguatkan dan menyatukan dunia Islam.

Persidangan OIC ke 10 - Proposal menggunakan emas untuk penyelesaian perdagangan dibentangkan.

Proposal untuk menggunakan emas sebagai pembayaran bagi perdagangan telah dibentangkan kepada 57 ketua negara. Perjanjian dua pihak dimulakan, kemudian berkembang menjadi perjanjian bersama yang diharapkan akan menjadi blok perdagangan emas. Inilah platform di mana semua negara-negara Islam boleh bersetuju sebagaimana yang dinyatakan oleh Dr. Mahathir "... tindakan ini lebih berkesan untuk melawan penindasan pihak musuh berbanding mengambil tindakan yang sia-sia seperti keganasan".

Kesan Global.

Penggunaan dinar emas menandakan pengembalian kepada emas sebagai alat kewangan dan mata wang dunia yang sebenarnya. Penggunaan dinar emas berbanding sistem wang kertas akan membolehkan:

1. Perpaduan dan kekuatan umat Islam dibina.
2. Memulakan blok perdagangan dengan sistem dinar emas
3. Menggalakkan dan mempromosikan perdagangan di antara anggota OIC
4. Mengelakkan daripada pergantungan kepada USD
5. Membuka jalan kepada praktis perdagangan berkaitan emas.
6. Membantu mewujudkan sistem perdagangan yang stabil dan adil yang memberikan manfaat kepada semua negara membangun.

Statistik daripada bank Penyelesaian Antarabangsa (bank of International Settlement) menunjukkan hampir 80% daripada perdagangan antarabangsa menggunakan US Dollar sebagai medium pertukaran (1998).

Pergantungan kepada USD memberikan sistem kapitalis lebih kelebihan di dalam semua situasi ekonomi. Jika sistem dinar Islam berjaya diimplementasikan, dominasi Bank Dunia dan IMF akan turut terjejas. Sudah pasti dunia Barat akan menentang hasrat Malaysia dengan segenap kekuatan. Walaupun demikian Malaysia mempunyai sebab tersendiri untuk melaksanakan sistem dinar Islam kerana ia memelihara keadaan ekonomi Muslim dan aktivitinya.

Dr. Mahathir di dalam satu sidang medianya selepas merasmikan hari pekerja di Institut Tadbir Awam Negara (INTAN) memberitahu bahawa hasrat Malaysia menggunakan dinar emas di dalam perdagangan antarabangsa tidak hanya terbatas kepada lebih daripada 24 negara yang ia mempunyai perjanjian pembayaran 2 hala (Utusan Malaysia 1/5/2002).

Pada mulanya Malaysia akan cuba untuk melaksanakan penggunaan dinar di dalam lingkungan sebahagian kecil negara sebelum sistem dinar diterima secara meluas sebagai wang perdagangan.

Sumber : pautan artikel dari www.publicdinar.com

Saturday, April 17, 2010

Public Gold News Digest

(Maklumat daripada web publicgold.com.my)

15 Apr 2010 : Gold futures end higher, drawing more investors - MarketWatch
15 Apr 2010 : 黄金板块仍有上涨空间 重点关注黄金行业龙头企业-和讯网
15 Apr 2010 : [机构看盘]华闻期货:美元下跌刺激黄金需求 金价收涨-和讯网
15 Apr 2010 : 央行:“地下炒金”纯属非法交易 律师:参与者不受法律保护-和讯网
15 Apr 2010 : China 'on a gold-buying spree'-World Gold Council
15 Apr 2010 : 美元颓势催涨金价 黄金中期上涨趋势依然保持良好-和讯网
15 Apr 2010 : What's driving gold - and where will it go next?-Lawrence Williams-Mineweb
14 Apr 2010 : Nothing says wealth and power like gold, says expert-World Gold Council
14 Apr 2010 : Gold investment 'diversifies wealth portfolios'-World Gold Council
14 Apr 2010 : Investing in gold 'a good choice in hard economic times'-World Gold Council
More News Digest...

Friday, April 16, 2010

Seminar April 2010

Berikut adalah jadual seminar.


Alamat tempat seminar / training.


Public Gold Office KB
(Kota Bahru, Kelantan)
Tingkat 1, Lot 257
Jalan Kebun Sultan
15000 Kota Bharu, Kelantan.


Public Gold office Sunway
Tingkat 3 (atas Royal Safe Deposit Box)
Nombor 42A, Jalan PJS 8/6
Mentari Business Park
Bandar Sunway, Petaling Jaya.


Untuk tempahan, sila hubungi 013-7785278 / aireen_nurina@ymail.com Masuk PERCUMA. Mari sama-sama datang untuk menuntut ilmu.

Lagi Kisah Penipuan..




Memang bengang.. Apa tidaknya.. duit yang dilabur berpuluh ribu hilang sekelip mata je.. Apa yang dijanji hanya tinggal janji. Kalau den pun bengang. Jadi hati-hatilah dengan yang nama SKIM nie.. tak kiralah apa jenis skim pun.. Anda baca keratan akhbar di bawah nie moga jadi ikhtibar kepada kita semua..



Sebagai maklumat tambahan mengenai skim pelaburan emas dan skim cepat kaya nie anda boleh klik pada link yang kat bawah nie dan den dapat maklumat nie daripada sifu kita iaitu En Syukor.. Mintak halal yer En Syukor..


TO SAVE YOUR FAMILY, BUY GOLD..
TO HELP OUR NATION, KEEP GOLD..
TO FOLLOW YOUR RELIGION, USE GOLD..

Louis Ng..

Blogger templates made by AllBlogTools.com

Back to TOP