Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).
Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Thursday, December 16, 2010

Dr Mahathir Galak Rakyat Jadikan Emas Sebagai Simpanan


sumber : http://liplapemas.blogspot.com/2010/12/dr-mahathir-galak-rakyat-jadikan-emas.html

Tuesday, December 14, 2010

Harga emas murah.. RM 149/g

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.. ok untuk post hari nie den nak buka satu topik mengenai emas RM 149 segram.. Wow.. Murah kan.. tp bukan ke sekarang harga emas 916 RM 157 segram? Ha.. itu yang menjadi persoalannya sekarang. Hari nie den nak kongsi cerita dengan anda apa yang den lalui di Plaza Angsana semalam.. Sebenarnya semalam den ke Angsana JB untuk jalan2, tiba2 ternampak di ruangan bahagian tengah ada kedai menjual barang kemas tuttttt.. dan untuk makluman anda, kalau nak tahu kedai emas tuttttt nie antara kedai emas yang selalu buat promosi..Wahhh... sejak dua menjak nie bila dah jadi pelabur emas nie pantang tengok kedai emas! Mata nie asyik nak menjeling harga emas yang ditawarkan dan sambil lalu mesti intai barang yang ada.. Ok, tak kisahlah tue.. . Dipendekkan cerita, dalam den intai2 barang yang terpamer kemudian datang seorang salesgirl emas tue.. mulalah perbualan dan sikit pertanyaan diajukan.. Jom kita ikuti perbualan antara den dengan salesgirl tue.. Layannn........

Salesgirl : Ya abg mari singgah tengok ini balang manyak mulah.. kita tengah buat promotion harga manyak murah RM 149 saja lo..
Den : Wah.. memang banyak murah la..
Salesgirl: Boleh angkat balu, nak trade in balang pun tada masalah..
Den : Ooo.. kalau trade in berapa u ambil?
Salesgirl : Itu kalau trade in kita biasa ambil 15% then u boleh angkat balu..
Den : Kalau jual berapa %?
Salesgirl : Jual itu kita ambil 30%. U boleh tengok mana u suka la.. ini manyak balang balu ma.
Den : Ini barang ada upah?
Salesgirl : Mesti ada ma..
Den : Upah biasa u ambil berapa?
Salesgirl : Itu tada tentu, tengok apa balang u angkat..
Den : Macam mana tue?
Salesgirl : Tengok apa balang u angkat.. upah biasa kita tengok pattern. Kita tada tengok itu belat
Den : Kalau saya angkat ini barang berapa upah?
Salesgirl : Kalau ini balang upah RM 400 lebih..
Den : Apasal mahal dia punya upah?
Salesgirl : Ini pattern baru ma.. lagi ini ha.. ini design susah mau buat..


Den hentikan setakat tue.. cuma apa yang den nak kongsikan hari nie sebenarnya kita sebagai pembeli jangan mudah terpengaruh dengan harga yang murah yang ditawarkan sebab apa den cakap macam tue? Walaupun harga promosi RM 149 tapi ingat tentang cas upah yang bakal dikenakan pulak. Dah pasti tokey emas mesti akan naikkan harga kos upah. Siapa berniaga yang mahu rugi, betul tak? Jadi bila den buat kira2 semula harga yang ditawarkan RM 149 + upah tukang = RM 162.. siap terlajak dari harga semasa.. Macam mana boleh dapat
RM 162.. OK, lihat pengiraan dibawah nie.. memang banyak beza..


Barang yang den tanya tue gelang tangan yang beratnya 31.5g

Harga promosi kedai emas tutttt = RM 149

Harga emas mengikut gram
= RM 149 x 31.5g
= RM 4,693.50

Harga Upah tukang = RM 410

Harga yang perlu dibayar = RM 5,103.50

Jadi bila anda buat calculation baru untuk harga segram sebenarnya

= RM 5,103.50 / 31.5g
= RM 162

Anda boleh nilaikan sendiri.. ternyata harga yang perlu kita bayar sebenarnya akan jadi lebih mahal daripada harga semasa..

Kalau dulu den kurang ilmu pasal emas dah semestinya den pun tertarik dengan harga yang kononnya harga promosi yang jauh lebih murah.. Tapi JANGAN TERTIPU dan TERPEDAYA..

Fikir2kanlah.. mana sebenarnya lebih murah jika dibandingkan harga yang ditawarkan kedai emas atau barang kemas PG.. Jawapannya dah tentu barang kemas PG jauh lebih murah kerana

  • barang kemas PG dijamin 916
  • Ketulinan dijamin
  • tiada upah tukang
  • harga ikut berat sahaja
  • lebih murah dari kedai emas

Untuk maklumat lanjut boleh layari www.publicjewellery.com.my

Untuk tempahan barang kemas, anda juga boleh hubungi den di talian emas 013-7785278 atau email ke aireen_nurina@ymail.com

Saturday, December 11, 2010

Bertuahnya dia....

Tuah Diana Danielle Jadi Duta Public Gold

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua pembaca blog pancaranemas. Topik untuk hari nie yang den nak kongsikan adalah petikan akhbar mengenai barang kemas Public Gold yang den petik dari mStar Online tapi petikan akhbar nie dah keluar lama iaitu pada 1 Mac 2010. Tapi tak pelah.. sebab den tahu pasti ada antara anda yang masih tidak tahu mengenai artikal ini, dan tak salah rasanya kalau den paparkan artikal ini kembali..
sekadar berkongsi maklumat.. Ha.. den ada nak perkenalkan seseorang dan den rasa semua orang kenal kalau den sebut namanya.. siapa dia? DIANA DANIALLE..? Kenal kan.. Ok, seperti yg kita tahu Diana memang seorang artis tetapi kepada pembaca yang belum tahu lebih lanjut mengenai Diana Danialle, dan apa kaitannya dengan emas Public Gold, jadi jom kita baca petikan akhbar nie..Layannnn..........

Diana kini duta kepada produk barang kemas Public Gold

BAK kata pepatah, "tuah ayam nampak di kaki tuah manusia tak siapa tahu", walaupun sering dihimpit kontroversi rezeki aktres jelita Diana Danielle, tidak pernah putus.

Dia juga semakin mendapat perhatian bukan sahaja pilihan pengarah-pengarah filem dan drama malah terpilih menjadi jurucakap kepada produk barangan kemas Public Gold.

Pemilihan Diana sebagai duta produk tersebut dianggap sebagai langkah Public Fine Gold International Sdn Bhd (Public Gold) untuk menarik pembeli dari kalangan remaja yang seusia dengannya.

Manakala bagi Diana, dia berbesar hati dipilih sebagai duta kepada barangan kemas yang beroperasi secara online itu.

"Tiga minggu lepas mereka hubungi saya dan tawarkan untuk menjadi duta kepada Public Gold ini. bagi saya ini peuang yang baik.

"Saya juga seorang yang suka kepada barangan kemas, dari kecil saya sudah terbiasa memakai barangan kemas. Tidak ada masalah bagi saya untuk mengayakan barangan kemas di mana-mana majlis," ujarnya ketika ditemui di Majlis Perlancaran Publig Gold, semalam.

Ditanya bagaimana cara untuk mempromosikan barangan ini memandangkan jual beli hanya dilakukan di internet, Diana memberitahu dia akan cuba mengayakan di majlis-majlis keramaian.

"Insya-Allah saya akan mempromosi barangan ini di majlis-majlis yang saya hadiri ataupun mungkin di Facebook melalui gambar-gambar saya," katanya yang sedang dalam proses membaca dan menghayati skrip filem Hanyut arahan U-Wei.

Menurut Diana lagi, tanggungjawab ini tidak akan menggangu kerjaya dan pembelajarannya. Dia juga mengakui terpaksa membahagikan masa sebaik mungkin.

"Walaupun kini saya kurang aktif disebabkan pelajar ettapi itu adalah dari bidang lakonan drma dan filem yang mana mengambil masa yang agak lama dan saya terima tawaran ini disebabkan ia tidak menganggu masa sekolah saya," katanya yang bakal merakamkan single terbarunya berjudul Terburu.

Selain itu juga Syarikat Public Final Gold bakal mengeluarkan beberapa rekaan yang bakal diberi nama 'Diana Danielle Series'.

Pada majlis tersebut juga, Diana sempat menghiburkan tetamu yang hadir dengan menyanyikan dua buah lagu Dan Sebenarnya dan Leaving On a Jet Plane secara akustik.




Jadi apa tunggu lagi? berminat untuk memiliki barang kemas keluaran PG? Jangan berlengah lagi.. boleh hubungi den di talian emas 013-7785278.

Satu lagi yang menariknya tentang barang kemas Public Gold nie tiada kos upah tukang (free ajer) dan harga ikut harga antarabangsa yang berubah setiap 20 minit.. nak tau lanjut, boleh layari laman web www.publicjewellery.com.my

Thursday, December 9, 2010

Membeli dan menjual emas fizikal melalui syarikat Public Fine Gold International Sdn Bhd

Sebelum tue den nak ucapkan selamat datang dan tahniah diucapkan kepada seorang lagi agen pancaranemas iaitu En Mohd Suhaib dari Johor Bahru dan kehadiran beliau dalam dunia pelaburan sangat kami alu-alukan. Ok lah, dipendekkan cerita, di sini den nak kongsikan satu lagi maklumat yang den petik daripada web jutawanemas.com.. diharap sedikit sebanyak dapat membantu.. Jom tambah maklumat lagi..

.......................................................

Salam sejahtera kepada semua pembaca. Kita berjumpa kembali selepas cuit raya yang panjang. Bestnyer cuti raya, balik kampung jumpa family. Then bila kembali, kita sambung cakap pasal emas ok

Bila bercakap tentang pelaburan emas fizikal, saya selalu mencadangkan supaya anda membeli syiling emas atau gold bar (Kijang Emas, UOB Bank atau PAMP Suisse). Ini kerana perbezaan antara harga beli dan jual yang rendah membolehkan kita mendapat keuntungan yang lebih tinggi apabila harga emas. Tak seperti pelaburan melalui barang kemas yang akan ditolak antara 15% – 20% dari harga emas semasa.



Namun begitu, rata rata pembaca memberi komen yang syiling Kijang Emas dan gold coin UOB bank selalu sold out. Tak boleh nak beli sebab takde stok… ramai sangat orang beli. Kalau ada stok pun tak boleh nak booking, kena cash on delivery dan siapa cepat dia dapat… itu yang susah sikit tu..



Namun sekarang, masalah itu boleh dikurangkan. Sebab saya dah jumpa satu syarikat yang membuat aktiviti menjual dan membeli emas untuk pelaburan dengan harga menarik dan kualiti 24K. Anda boleh membeli emas kat sini


Nama syarikat ini ialah Public Fine Gold International Sdn. Bhd.

Alamatnya:

Public Fine Gold International Sdn Bhd
(818840-U)
12E Ground Floor, Jalan Rumbia,
11900 Bukit Jambul, Penang.
Tel : 04-644 9999

Nama pendeknya ialah Public Gold.

Saya telah dimaklumkan tentang syarikat ini pada awal bulan puasa yang lalu. Jadi, saya pun buat research dulu dengan melayari laman web syarikat Public Gold di www.publicgold.com.my


Emas Yang Dijual

Public Gold menawarkan syiling emas dan gold bar kepada pembeli.

Untuk syiling emas cuma terdapat 1 saiz iaitu 50 gram (emas 24K)

Bagi gold bar pula, ia terdapat dalam saiz 20 gram, 50 gram dan 1 Kg (emas 24K)


Syiling emas dan gold bar yang dijual. Klik untuk besarkan

Syiling emas dan gold bar keluaran Public Gold memang cantik, Ini antara gambar-gambar syiling emas dan gold bar Public Gold yang saya ambil:


Syiling emas 50g, emas 24k




Gold Bar 50 gram - emas 24k




Gambar belakang Gold Bar




Setiap gold bar ada siri nombor dan certificate




Ujian berat dan ketulenan.

Saya telah meminta agar emas ini diuji menggunakan precious metal tester untuk menguji berat dan ketulenannya… of course la.. nak recommend kat orang kena test dulu betul tak?

Untuk timbang berat, ini keputusannya:


Berat gold bar 50gram – timbang dapat 50.01gram

.

Untuk ujian ketulenan pula ini hasilnya:

Keputusan: Gold 24K (999.9)

Namun apa yang lebih menarik ialah harganya…


Harga belian dan jualan.

Anda boleh melihat sendiri harga belian dan jualan emas Public Gold di laman web mereka www.publicgold.com.my



Screenshot harga emas di laman web Public Gold

Terdapat kos penghantaran yang perlu ditambah iaitu:

RM10 untuk gold bar 20gram,
RM20 untuk gold bar 50gram
RM30 untuk gold bar 100 gram.




Cara membeli dan menjual emas.

Syarikat ini berpusat di Pulau Pinang, so untunglah orang-orang Penang nie. Mudah nak beli sebab dekat.

Buat masa ini, jika anda nak beli, anda perlu menelefon pejabat mereka di 04-6449999. Harga semasa akan diberitahu kepada anda, jika berminat, maka Public Gold akan menghantar kontrak melalui emel atau fax kepada anda. Anda perlu tandatangan kontrak ini dan hantar balik kepada Public Gold.

Untuk pembayaran pula, anda boleh bayar 30% deposit daripada harga emas tersebut dan bakinya dijelaskan ketika menerima emas ataupun bayar 100% sewaktu order emas tersebut (bank-in ke dalam akaun bank Public Gold).

Jika anda ada soalan mengenai penghantaran, baik tanya sewaktu nak order bagi mengelakkan masalah.

Untuk keterangan lanjut, anda boleh refer cara membeli di sini: http://www.publicgold.com.my/content/view/39/69/




Perancangan jangka panjang syarikat.

Saya dimaklumkan bahawa Public Gold akan mengeluarkan Dinar Emas pada masa hadapan. Konsepnya seperti Dinar Emas Kelantan. Harga belian dan jualan pun lebih kurang sama dengan Dinar Emas Kelantan. Jadi, kita tunggulah kemunculannya di masa hadapan. Kalau Dinar tu dah keluar, saya akan update dalam blog ini.

Selain itu, lebih banyak cawangan Public Gold akan dibuka di seluruh negara.

Ok, ini summary saya:




Kebaikan:

1. Harga emas fizikal yang dijual adalah sangat kompetitif
2. Emas 24K, 999.9 dan Kualiti minting yang cantik.
3. Harga belian balik yang menarik ( cuma -1% dari harga emas semasa)
4. Boleh beli emas pakai kad kredit (tambah 3% dari nilai belian)
5. Laman web syarikat yang informatif tentang emas.
6. Emas nie emas fizikal, so boleh gi pajak kat bank Rakyat or Agro Bank




Kelemahan:

1. Syarikat nie kat Pulau Pinang, so kalau nak melawat kena ke sana.
2. Tak banyak cawangan lagi di seluruh Malaysia.
3. Saiz emas bermula dengan 20 gram. So mungkin agak tinggi bagi sesetengah orang.

Saya berpendapat, Public Gold menawarkan peluang terbaik untuk membuat pelaburan emas fizikal. Dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak stabil, membeli emas adalah pelaburan terbaik. So, apa tunggu lagi. Mulakan pelaburan emas anda sekarang.



Wednesday, December 8, 2010

Rahsia Manfaatkan Untung Emas Tahunan sepertimana Dividen ASB


Assalamualaikum….


Topik hari nie mengenai Rahsia Nak Manfaatkan Untung Emas Tahunan Sepertimana Dividen ASB…Macam mana tue? Biasalah kalau dah nama ASB cukup tahun jangan susah hati pasti dan mesti dapat dividen.. then, macam2 benda dah ting tong kat kepala nak beli apa dengan duit dividen tu, tukar itulah..tukar inilah.. macam2.. tapi.. itu ASB tapi kalau emas mcm mane eik? Petikan nie den ambil dari inspirasiemas dan diambil pula dari kak Nurul Ismail berkaitan dengan tajuk di atas..Jom kita baca


.......................................................


Salam semua,

Hari ni saya mendapat pertanyaan dari pelabur tegar ASB melalui agen saya. Soalannya lebih kurang macam ni la:

Soalan 1 : Jika melabur dalam ASB, saya dapat amik dividen tiap-tiap tahun untuk melancong, belanja anak sekolah, top up OD/ASB dan lain-lain lagi dengan mengekalkan nilai pelaburan asal untuk mengutip sejumlah dividen lagi pada tahun berikutnya. Jadi dalam kes melabur emas ni, macamana nak ambik duit dividennya ? adakah saya terpaksa jual emas untuk dapat untungnya, pastu kena beli balik (which is harganya lebih tinggi lagi) untuk jana untung tahun seterusnya.


Jawapan Soalan 1:

Sebelum jawab lanjut soalan ni, ulasan saya adalah : sebagai orang Islam yang hidup di zaman teknologi ICT, maklumat di hujung jari, tanya saja pada pakcik google, dia akan bagitau semuanya. So kita boleh dapatkan info yang pelaburan ASB sebenarnya adalah haram, namun diistiharkan Harus oleh Majlis Fatwa Kebangsaan atas dasar kemaslahatan ummah, bukan kerana halal proses urusniaga dan pelaburannya. Oleh itu, orang kata ndak seribu daya, tak ndak seribu dalih.

Pada saya, bagi yang tahu, kita wajib meninggalkan ASB dan kita pakat push PNB menghalalkan urusniaga ASB ini. Jika kesatuan Islam bergabung dan dengan kekuatan ‘suara’ MFK, maka kita umat Islam Malaysia boleh mendesak kerajaan dan PNB menghalalkan ASB. Semua pakat diam tak buat apa pastu dok kata kita tak de kuasa. Kita ada kuasa sebenarnya, bila kita semua sepakat ugut nak kuarkan duit ASB, mesti PNB gelabah dan cepat2 amik tindakan sewajarnya. Yang herannya, orang atas kat PNB tu majoritinya semua Islam tapi…..

ok…bagi menjawab soalan di atas pula, saya suka memberi perkiraan seperti di bawah ini terlebih dahulu.

Pada hari ni mereka membeli emas sebanyak 20k dengan pecahan berikut :
i. 20 gram – RM 2698.00 x 5 keping = RM 13 490
ii. 50 gram – RM 6712.00 x 1 kpg = RM 6,712
Total investment = RM 20,202

Pada hujung tahun iaitu bulan 12, diandaikan kenaikan 37%, oleh itu nilai emas mereka telah menjadi :

i. 20g – RM 2698 X 37% = 998.26
- RM 2698 + RM998.26 = RM3,696.26
- RM 3,696.26 X 5 kpg = RM 18,481.30

ii. 50g – RM 6,712 X 37% = RM 2,483.44
- RM 6,712 + RM 2,483.44 = RM 9,195.44

Nilai emasnya telah menjadi :RM 18,481.30 + RM 9,195.44 = RM 27,676.74

Keuntungannya adalah RM 27,676.74 – RM 20,202 = RM 7,474.74

Kalau nak guna nilai keuntungan tersebut: jual la emasnya sebanyak 2 keping 20g :
RM 3,696.26 X 2 = RM 7,392.52
dgn itu, walapon emasnya berkurang dari segi berat, tetapi nilainya masih sama seperti modal asal.

Jika dalam ASB, mereka menabung tiap2 bulan, maka simpan emas pon sepatutnya mereka beli tiap2 bulan. Maka pada akhir tahun mereka jual sebahagian emas untuk menggunakan keuntungan yang diperolehi, tetapi nilai emas yg ada masih sama spt modal asal (ataupon bertambah disbbkan dok tambah emas tiap2 bulan) depend kpd perancangan dan matlamat masing2.

Harus diingat, anggaran 37% keuntungan adalah andaian berdasarkan purata kenaikan harga 5 tahun lepas. Tidak mengambilkira harga sebenar (harga buy) jika nak jual semula. but still keuntungan ada especially jika pandai timing bila nak jual semula.Kalau jadi agen, boleh carik buyer dan jual dengan harga jual(sell price) seperti perkiraan di atas.


Soalan 2 : Emas nak jual kat sape? mudah ke prosesnya..

Jawapan soalan 2 :

Berkenaan nak jual semula kat sapa, just contact mana2 agen atau jual ke publicgold sendiri. rujuk web publicgold utk lihat senarai dealer terkini.jual kat akakpon boleh….dialu-alukan. Harga pula ikut harga buy semasa. Just bagitau nak jual balik, setuju harga then boleh jumpa untuk berurusniaga. semudah abc kan??


Sekian, semoga dapat manfaat dari perkongsian ini…

Artikel ini dipetik dari : http://www.gold2rich.com/
So macamana?best x??haaa..itu la..kan da cakap..simpan emas ni bes…bukan nye rugi pun simpan emas..tapi saya rasa saya nak tambah sikit la berkaitan cerita kat atas tadi…


Kebaikan miliki emas vs duit dalam ASB

Selain daripada % kenaikan harga emas lebih tinggi berbanding %dividen ASB, sebenarnya, ada juga kelebihan lain miliki emas ni..kalau ASB, kita terpaksa tunggu sampai tahun berikutnya (biasanya bulan Januari) barulah kita buleh dapat dividen tu..Betul tak? tapi, kalau emas, x payah nak tunggu sampai cukup setahun..asal harga emas naik je..kita dah buleh jual emas tu macam pengiraan kat atas tadi..haaa…itu la kelebihan simpanan emas secara tersiratnya..hehe
Tapi..ada yang cakap..ala..kalau simpan emas..kena bayar zakat…heehhe..kan kan kan?? sebenarnya masih ramai yang x tahu… wang simpanan pun sebenarnya kena bayar zakat..kan ke bagus kalau bayar zakat.. ZAKAT MEMBAWA BERKAT.. InsyaAllah.


Kalkulator Zakat



Tuesday, December 7, 2010

Lagi Berita ttg Emas.. The Star ( 7 Dis 2010)

Emas di jangka meningkat dalam masa setahun akan datang... Macam tue lah bunyi nyer.. jadi apa ditunggu lagi.. Jangan harapkan harga emas turun baru nak beli nanti takut menyesal tak sudah. Takut tunggu punya tunggu harga pun tinggi makin tinggi. Masa tue lah hati berkata "Ah... tidak.. menyesal nyer aku tak beli hari tue,sekarang harga naik dah nie" Jangan sampai keluar ayat tue. Jadi jangan dok tunggu lagi.. Kat sini den nak kongsikan satu lagi petikan akhbar The Star bertajuk GOLD PRICES EXPECTED TO GO ON INCREASING FOR NEXT ONE YEAR

Sumber : The Star (7 Disember 2010) http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=%2F2010%2F12%2F7%2Fbusiness%2F7567407&sec=business


PETALING JAYA: Gold prices are expected to scale higher at least over the next one year before the gains are capped, given the economic uncertainties in advanced nations and the volatile US dollar, analysts said.

Gold is the beneficiary of all that instability in the markets right now, Scott Meyers, senior trading analyst with Pioneer Futures division of MF Global, told Dow Jones.

Goldman Sachs, in a recent research report, reiterated its forecast for the yellow metal to rise to US$1,690 an ounce over the next one year but said the gains would peak at US$1,750 an ounce in 2012 on expectations of strong US economic growth and hence a firmer greenback.

As we look toward 2012, we find it timely to reiterate our view that at current price levels gold remains a compelling trade, but not a long-term investment, the investment bank told its clients.

At press time yesterday, spot gold rose to settle at US$1,412.45 an ounce.

Investors switched their focus to buying gold last Friday, playing on its safe bet status after the US dollar, also another safe haven option, demonstrated its volatility falling steeply on disappointing job and economic data in the United States.

Spot gold broke past US$1,400 an ounce on Friday the first time since Nov 9 after data showed US jobless rate unexpectedly hit a seven-month high.

The dollar fell to a six-week low against major currencies the same day, reversing its recent rally trend.

Federal Reserve chairman Ben S. Bernanke said yesterday the central bank could buy more bonds to boost economic growth, which in turn means more liquidity in the markets to step up purchases of assets such as gold.

While a return to recession doesn't seem likely, Bernanke warned that US employment may take up to five years to fall to normal levels of 5% to 6% from its current 9.8%.

This recovery is feeble at best, and the trends that are in place, especially in the metals complex are going to be maintained, Pioneer Futures' Meyers said.

China, whose imports of gold increased close to five times in the first 10 months of this year versus 2009, will also help lift prices in the coming months on increasing demand, analysts who cover the bullion said.

China is reportedly the world's biggest bullion miner.

The current environment for gold was such a bullish one right now, Michael Widmer, an analyst at Bank of America Merrill Lynch was quoted as saying by The Telegraph.

Widmer expects prices to reach US$1,500 an ounce next year.

Gold, which is up 29% year-to-date, is not the only metal which has enjoyed a sterling performance this year.

Silver has advanced 76%, while platinum is up about 13%.

Analysts have pointed out the rising concerns of inflationary pressure given the strong rise in the prices of these core metals



Selamat Datang..

Berita gembira.. Den nak ucapkan selamat datang dan tahniah kepada Pn Khatijah Bte Hj Bahari dari Melaka dan Pn. Juliana Noor Bte Abu Bakar dari Bandar Tenggara, Johor kerana bijak membuat keputusan dan terbuka mata untuk memulakan pelaburan emas. InsyaAllah.. memang satu pelaburan yang selamat, dan menguntungkan. Semoga anda gembira dan kongsilah kegembiraan anda bersama keluarga.."kongsi kegembiraan je tau bukan kongsi emas" hihihi... Jadi bagi mereka yang berada di kawasan sekitar Melaka bolehlah menghubungi Pn Khatijah (012-9027582) dan bagi mereka yang berada di sekitar Bandar Tenggara, Johor pula boleh hubungi Pn Juliana Noor (019-7749771) . Hubungilah mereka untuk mendapatkan emas keluaran PG. Memang berbaloi-baloi... Jap lagi ada seminar di PG Taman Perling, Jom kita pergi beramai2...

Monday, December 6, 2010

Artikel Pelaburan Emas (Harian Metro, 6 / 12 / 10)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog pancaranemas.. Di kesempatan nie juga den nak ucapkan salam Maal Hijrah kepada semua umat Islam.. Semoga kedatangan hijrah kali nie memberi rezeki yang melimpah ruah dan keberkatan hidup dunia dan akhirat. InsyaAllah, Amin.. Ok lah.. Den sebenarnya nak kongsikan sesuatu rentetan daripada Seminar Keadilan Kewangan: Anda, Emas dan Dinar yang diadakan di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya pada 4 Disember lepas, dan apa yang den nak kongsikan di sini bekenaan keratan akhbar Harian Metro bertarikh 6 Disember 2010 yang den baca diharap boleh dijadikan info tambahan mengenai pelaburan emas untuk direnungkan bersama dan diharap juga sedikit sebanyak memberi kesedaran tentang kepentingan dan tarikan pancaran emas.. den juga berharap kedatangan hijrah kali nie kita bersama2 mulakan penghijrahan wang kertas kepada emas.. apa2 pun anda baca dahulu petikan akhbar nie.. JOM BACA... Layann....


Sumber :Harian Metro, 6 Disember 2010 http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pelaburanemas/Article/index_html



PETALING JAYA: Public Fine Gold international Sdn Bhd (Public Gold), memberi pilihan kepada orang ramai untuk membuat pelaburan dengan menggunakan emas sebagai aset pelaburan masa kini, sekali gus menjamin pulangan lebih tinggi pada masa depan.

Pengarahnya Dr Umar Ibrahim Vadillo, berkata, emas lebih baik daripada mata wang dan disebabkan itulah nilainya sentiasa bertambah.


Menurutnya, pelaburan dinar emas yang diketengahkan pihaknya adalah sebagai pengganti kepada pelaburan dalam bentuk mata wang masa kini yang tidak bersifat stabil dan bergantung kepada kedudukan ekonomi dunia.


Katanya, Public Gold menawarkan emas fizikal dalam bentuk jongkong dan syiling emas dengan kadar ketulenan 999.9 peratus selain dinar emas 916 yang boleh dijual mengikut harga emas antarabangsa.


“Kami bukan berhasrat untuk menggantikan penggunaan wang tunai sebagai pelaburan dengan dinar emas, sebaliknya adalah dengan memberi pilihan kepada orang ramai untuk melabur.


“Pelaburan dalam bentuk aliran wang mempunyai kelemahan kerana ia bergantung kepada nilainya yang kadangkala menyusut dan kadangkala meningkat,” katanya dalam sidang akhbar pada Seminar Keadilan Kewangan: Anda, Emas dan Dinar, di Petaling Jaya, kelmarin.Hadir sama Pengerusi Eksekutif Public Gold, Louis Ng.

Umar yang juga Pengerusi Persatuan Dagangan Dunia Islam berkata, emas sudah lama digunakan masyarakat terdahulu dan dalam menghadapi krisis ekonomi, pelaburan dalam bentuk emas mampu menjamin masa depan seseorang itu.

“Di masa depan, kita tidak tahu apa yang berlaku terhadap nilai mata wang yang kita miliki kerana jika kita melabur dalam jumlah yang banyak sekalipun, jika nilainya jatuh, maka itu bermakna kita akan rugi,” katanya.


“Ini tidak berlaku kepada emas kerana kesan perang sekalipun tidak akan menyusutkan nilainya yang mempunyai permintaan di seluruh dunia,” katanya.


Sementara itu, dalam Seminar Keadilan Kewangan: Anda, Emas dan Dinar yang diadakan kelmarin, sebanyak tiga panel penceramah diundang membabitkan Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Hassanuddeen Abdul Aziz, Pengurus public Dina Sdn Bhd, Syukor Hashim dan Prof Madya Dr Mohamad Hakimi Ibrahim.


Seminar yang dihadiri kira-kira 300 peserta itu membentangkan kepentingan pelaburan dalam bentuk emas selain peranannya menghadapi krisis ekonomi dunia Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan maklumat mengenai pelaburan dinar emas boleh melayari laman web www.publicjewellery.com.my atau dengan mengunjungi Public Fine Gold International Sdn Bhd, di 12E Ground Floor, Jalan Rumbia 11900 Bukit Jambul, Pulau Pinang atau menghubungi 04-6449999 mana-mana cawangan yang berdekatan.



Beminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelaburan emas PG hubungi den.. berminat untuk beli emas PG pun hubungi den.. berminat untuk menjadi ejen PG pun boleh hubungi den..

Nazrin 013-7785278

Saturday, December 4, 2010

Yey.. Masa untuk ambil stok...

Assallammualaikum kepada para pembaca semua…di sini den nak maklumkan kepada semua pembaca blog dan dealer-dealer tentang notis pengambilan stok emas yang telah ditempah. Sila lihat notis dibawah..

Stock Collection Notice (Dec 2010)



Customers are advised to call us for stock reservation and collection based on the schedule below:


Purchase Order Dated

Stock Collection Period

1st Dec – 4th Dec 2010

6th Dec – 7th Dec 2010

5th Dec – 6th Dec 2010

8th Dec – 9th Dec 2010

7th Dec 2010

10th Dec 2010

8th Dec – 9th Dec 2010

13th Dec – 14th Dec 2010

10th Dec – 11th Dec 2010

15th Dec – 16th Dec 2010

12th Dec – 13th Dec 2010

17th Dec – 18th Dec 2010

14th Dec – 15th Dec 2010

20th Dec – 21st Dec 2010


Note :


i) Customers are advised to call our branch for stock reservation before collection.


ii) To make the process faster and smoother, customers are encouraged to make full payment through bank before stock collection.


iii) Original bank-in slip must be provided upon stock collection.


iv) New Dealers are advised to get familiar with the stock collection method and don’t hesitate to seek for the assistance from their Master Dealer if they have any doubt.




Wah..seronoknya..akhirnya dapat juga barang yang diorder tapi jangan lupa bawa sekali bank slip bukan apa.. sebagai bukti pembayaran. kalau tidak tak dapat barang nanti..ha.. satu lagi den nak ingatkan sebelum datang ambil stok..INGAT..call dulu cawangan2 Public Gold di mana anda tempah emas.. Manalah tahu dah penat datang jauh2 tup2 barang tak der lagi.. Lebih baik call dahulu sebelum datang. Nombor2 ada di bawah nie.. call dulu yer..



Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi terus den, Nazrin di talian emas 013-7785278.. Den sedia membantu..

Friday, December 3, 2010

Seminar Emas di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya...



TO SAVE YOUR FAMILY, BUY GOLD..
TO HELP OUR NATION, KEEP GOLD..
TO FOLLOW YOUR RELIGION, USE GOLD..

Louis Ng..

Blogger templates made by AllBlogTools.com

Back to TOP