Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).
Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Tuesday, December 14, 2010

Harga emas murah.. RM 149/g

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.. ok untuk post hari nie den nak buka satu topik mengenai emas RM 149 segram.. Wow.. Murah kan.. tp bukan ke sekarang harga emas 916 RM 157 segram? Ha.. itu yang menjadi persoalannya sekarang. Hari nie den nak kongsi cerita dengan anda apa yang den lalui di Plaza Angsana semalam.. Sebenarnya semalam den ke Angsana JB untuk jalan2, tiba2 ternampak di ruangan bahagian tengah ada kedai menjual barang kemas tuttttt.. dan untuk makluman anda, kalau nak tahu kedai emas tuttttt nie antara kedai emas yang selalu buat promosi..Wahhh... sejak dua menjak nie bila dah jadi pelabur emas nie pantang tengok kedai emas! Mata nie asyik nak menjeling harga emas yang ditawarkan dan sambil lalu mesti intai barang yang ada.. Ok, tak kisahlah tue.. . Dipendekkan cerita, dalam den intai2 barang yang terpamer kemudian datang seorang salesgirl emas tue.. mulalah perbualan dan sikit pertanyaan diajukan.. Jom kita ikuti perbualan antara den dengan salesgirl tue.. Layannn........

Salesgirl : Ya abg mari singgah tengok ini balang manyak mulah.. kita tengah buat promotion harga manyak murah RM 149 saja lo..
Den : Wah.. memang banyak murah la..
Salesgirl: Boleh angkat balu, nak trade in balang pun tada masalah..
Den : Ooo.. kalau trade in berapa u ambil?
Salesgirl : Itu kalau trade in kita biasa ambil 15% then u boleh angkat balu..
Den : Kalau jual berapa %?
Salesgirl : Jual itu kita ambil 30%. U boleh tengok mana u suka la.. ini manyak balang balu ma.
Den : Ini barang ada upah?
Salesgirl : Mesti ada ma..
Den : Upah biasa u ambil berapa?
Salesgirl : Itu tada tentu, tengok apa balang u angkat..
Den : Macam mana tue?
Salesgirl : Tengok apa balang u angkat.. upah biasa kita tengok pattern. Kita tada tengok itu belat
Den : Kalau saya angkat ini barang berapa upah?
Salesgirl : Kalau ini balang upah RM 400 lebih..
Den : Apasal mahal dia punya upah?
Salesgirl : Ini pattern baru ma.. lagi ini ha.. ini design susah mau buat..


Den hentikan setakat tue.. cuma apa yang den nak kongsikan hari nie sebenarnya kita sebagai pembeli jangan mudah terpengaruh dengan harga yang murah yang ditawarkan sebab apa den cakap macam tue? Walaupun harga promosi RM 149 tapi ingat tentang cas upah yang bakal dikenakan pulak. Dah pasti tokey emas mesti akan naikkan harga kos upah. Siapa berniaga yang mahu rugi, betul tak? Jadi bila den buat kira2 semula harga yang ditawarkan RM 149 + upah tukang = RM 162.. siap terlajak dari harga semasa.. Macam mana boleh dapat
RM 162.. OK, lihat pengiraan dibawah nie.. memang banyak beza..


Barang yang den tanya tue gelang tangan yang beratnya 31.5g

Harga promosi kedai emas tutttt = RM 149

Harga emas mengikut gram
= RM 149 x 31.5g
= RM 4,693.50

Harga Upah tukang = RM 410

Harga yang perlu dibayar = RM 5,103.50

Jadi bila anda buat calculation baru untuk harga segram sebenarnya

= RM 5,103.50 / 31.5g
= RM 162

Anda boleh nilaikan sendiri.. ternyata harga yang perlu kita bayar sebenarnya akan jadi lebih mahal daripada harga semasa..

Kalau dulu den kurang ilmu pasal emas dah semestinya den pun tertarik dengan harga yang kononnya harga promosi yang jauh lebih murah.. Tapi JANGAN TERTIPU dan TERPEDAYA..

Fikir2kanlah.. mana sebenarnya lebih murah jika dibandingkan harga yang ditawarkan kedai emas atau barang kemas PG.. Jawapannya dah tentu barang kemas PG jauh lebih murah kerana

  • barang kemas PG dijamin 916
  • Ketulinan dijamin
  • tiada upah tukang
  • harga ikut berat sahaja
  • lebih murah dari kedai emas

Untuk maklumat lanjut boleh layari www.publicjewellery.com.my

Untuk tempahan barang kemas, anda juga boleh hubungi den di talian emas 013-7785278 atau email ke aireen_nurina@ymail.com

0 comments:

TO SAVE YOUR FAMILY, BUY GOLD..
TO HELP OUR NATION, KEEP GOLD..
TO FOLLOW YOUR RELIGION, USE GOLD..

Louis Ng..

Blogger templates made by AllBlogTools.com

Back to TOP