Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).
Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Monday, December 6, 2010

Artikel Pelaburan Emas (Harian Metro, 6 / 12 / 10)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog pancaranemas.. Di kesempatan nie juga den nak ucapkan salam Maal Hijrah kepada semua umat Islam.. Semoga kedatangan hijrah kali nie memberi rezeki yang melimpah ruah dan keberkatan hidup dunia dan akhirat. InsyaAllah, Amin.. Ok lah.. Den sebenarnya nak kongsikan sesuatu rentetan daripada Seminar Keadilan Kewangan: Anda, Emas dan Dinar yang diadakan di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya pada 4 Disember lepas, dan apa yang den nak kongsikan di sini bekenaan keratan akhbar Harian Metro bertarikh 6 Disember 2010 yang den baca diharap boleh dijadikan info tambahan mengenai pelaburan emas untuk direnungkan bersama dan diharap juga sedikit sebanyak memberi kesedaran tentang kepentingan dan tarikan pancaran emas.. den juga berharap kedatangan hijrah kali nie kita bersama2 mulakan penghijrahan wang kertas kepada emas.. apa2 pun anda baca dahulu petikan akhbar nie.. JOM BACA... Layann....


Sumber :Harian Metro, 6 Disember 2010 http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pelaburanemas/Article/index_html



PETALING JAYA: Public Fine Gold international Sdn Bhd (Public Gold), memberi pilihan kepada orang ramai untuk membuat pelaburan dengan menggunakan emas sebagai aset pelaburan masa kini, sekali gus menjamin pulangan lebih tinggi pada masa depan.

Pengarahnya Dr Umar Ibrahim Vadillo, berkata, emas lebih baik daripada mata wang dan disebabkan itulah nilainya sentiasa bertambah.


Menurutnya, pelaburan dinar emas yang diketengahkan pihaknya adalah sebagai pengganti kepada pelaburan dalam bentuk mata wang masa kini yang tidak bersifat stabil dan bergantung kepada kedudukan ekonomi dunia.


Katanya, Public Gold menawarkan emas fizikal dalam bentuk jongkong dan syiling emas dengan kadar ketulenan 999.9 peratus selain dinar emas 916 yang boleh dijual mengikut harga emas antarabangsa.


“Kami bukan berhasrat untuk menggantikan penggunaan wang tunai sebagai pelaburan dengan dinar emas, sebaliknya adalah dengan memberi pilihan kepada orang ramai untuk melabur.


“Pelaburan dalam bentuk aliran wang mempunyai kelemahan kerana ia bergantung kepada nilainya yang kadangkala menyusut dan kadangkala meningkat,” katanya dalam sidang akhbar pada Seminar Keadilan Kewangan: Anda, Emas dan Dinar, di Petaling Jaya, kelmarin.Hadir sama Pengerusi Eksekutif Public Gold, Louis Ng.

Umar yang juga Pengerusi Persatuan Dagangan Dunia Islam berkata, emas sudah lama digunakan masyarakat terdahulu dan dalam menghadapi krisis ekonomi, pelaburan dalam bentuk emas mampu menjamin masa depan seseorang itu.

“Di masa depan, kita tidak tahu apa yang berlaku terhadap nilai mata wang yang kita miliki kerana jika kita melabur dalam jumlah yang banyak sekalipun, jika nilainya jatuh, maka itu bermakna kita akan rugi,” katanya.


“Ini tidak berlaku kepada emas kerana kesan perang sekalipun tidak akan menyusutkan nilainya yang mempunyai permintaan di seluruh dunia,” katanya.


Sementara itu, dalam Seminar Keadilan Kewangan: Anda, Emas dan Dinar yang diadakan kelmarin, sebanyak tiga panel penceramah diundang membabitkan Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Hassanuddeen Abdul Aziz, Pengurus public Dina Sdn Bhd, Syukor Hashim dan Prof Madya Dr Mohamad Hakimi Ibrahim.


Seminar yang dihadiri kira-kira 300 peserta itu membentangkan kepentingan pelaburan dalam bentuk emas selain peranannya menghadapi krisis ekonomi dunia Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan maklumat mengenai pelaburan dinar emas boleh melayari laman web www.publicjewellery.com.my atau dengan mengunjungi Public Fine Gold International Sdn Bhd, di 12E Ground Floor, Jalan Rumbia 11900 Bukit Jambul, Pulau Pinang atau menghubungi 04-6449999 mana-mana cawangan yang berdekatan.



Beminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelaburan emas PG hubungi den.. berminat untuk beli emas PG pun hubungi den.. berminat untuk menjadi ejen PG pun boleh hubungi den..

Nazrin 013-7785278

0 comments:

TO SAVE YOUR FAMILY, BUY GOLD..
TO HELP OUR NATION, KEEP GOLD..
TO FOLLOW YOUR RELIGION, USE GOLD..

Louis Ng..

Blogger templates made by AllBlogTools.com

Back to TOP