Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).
Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Saturday, December 11, 2010

Bertuahnya dia....

Tuah Diana Danielle Jadi Duta Public Gold

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua pembaca blog pancaranemas. Topik untuk hari nie yang den nak kongsikan adalah petikan akhbar mengenai barang kemas Public Gold yang den petik dari mStar Online tapi petikan akhbar nie dah keluar lama iaitu pada 1 Mac 2010. Tapi tak pelah.. sebab den tahu pasti ada antara anda yang masih tidak tahu mengenai artikal ini, dan tak salah rasanya kalau den paparkan artikal ini kembali..
sekadar berkongsi maklumat.. Ha.. den ada nak perkenalkan seseorang dan den rasa semua orang kenal kalau den sebut namanya.. siapa dia? DIANA DANIALLE..? Kenal kan.. Ok, seperti yg kita tahu Diana memang seorang artis tetapi kepada pembaca yang belum tahu lebih lanjut mengenai Diana Danialle, dan apa kaitannya dengan emas Public Gold, jadi jom kita baca petikan akhbar nie..Layannnn..........

Diana kini duta kepada produk barang kemas Public Gold

BAK kata pepatah, "tuah ayam nampak di kaki tuah manusia tak siapa tahu", walaupun sering dihimpit kontroversi rezeki aktres jelita Diana Danielle, tidak pernah putus.

Dia juga semakin mendapat perhatian bukan sahaja pilihan pengarah-pengarah filem dan drama malah terpilih menjadi jurucakap kepada produk barangan kemas Public Gold.

Pemilihan Diana sebagai duta produk tersebut dianggap sebagai langkah Public Fine Gold International Sdn Bhd (Public Gold) untuk menarik pembeli dari kalangan remaja yang seusia dengannya.

Manakala bagi Diana, dia berbesar hati dipilih sebagai duta kepada barangan kemas yang beroperasi secara online itu.

"Tiga minggu lepas mereka hubungi saya dan tawarkan untuk menjadi duta kepada Public Gold ini. bagi saya ini peuang yang baik.

"Saya juga seorang yang suka kepada barangan kemas, dari kecil saya sudah terbiasa memakai barangan kemas. Tidak ada masalah bagi saya untuk mengayakan barangan kemas di mana-mana majlis," ujarnya ketika ditemui di Majlis Perlancaran Publig Gold, semalam.

Ditanya bagaimana cara untuk mempromosikan barangan ini memandangkan jual beli hanya dilakukan di internet, Diana memberitahu dia akan cuba mengayakan di majlis-majlis keramaian.

"Insya-Allah saya akan mempromosi barangan ini di majlis-majlis yang saya hadiri ataupun mungkin di Facebook melalui gambar-gambar saya," katanya yang sedang dalam proses membaca dan menghayati skrip filem Hanyut arahan U-Wei.

Menurut Diana lagi, tanggungjawab ini tidak akan menggangu kerjaya dan pembelajarannya. Dia juga mengakui terpaksa membahagikan masa sebaik mungkin.

"Walaupun kini saya kurang aktif disebabkan pelajar ettapi itu adalah dari bidang lakonan drma dan filem yang mana mengambil masa yang agak lama dan saya terima tawaran ini disebabkan ia tidak menganggu masa sekolah saya," katanya yang bakal merakamkan single terbarunya berjudul Terburu.

Selain itu juga Syarikat Public Final Gold bakal mengeluarkan beberapa rekaan yang bakal diberi nama 'Diana Danielle Series'.

Pada majlis tersebut juga, Diana sempat menghiburkan tetamu yang hadir dengan menyanyikan dua buah lagu Dan Sebenarnya dan Leaving On a Jet Plane secara akustik.




Jadi apa tunggu lagi? berminat untuk memiliki barang kemas keluaran PG? Jangan berlengah lagi.. boleh hubungi den di talian emas 013-7785278.

Satu lagi yang menariknya tentang barang kemas Public Gold nie tiada kos upah tukang (free ajer) dan harga ikut harga antarabangsa yang berubah setiap 20 minit.. nak tau lanjut, boleh layari laman web www.publicjewellery.com.my

0 comments:

TO SAVE YOUR FAMILY, BUY GOLD..
TO HELP OUR NATION, KEEP GOLD..
TO FOLLOW YOUR RELIGION, USE GOLD..

Louis Ng..

Blogger templates made by AllBlogTools.com

Back to TOP