Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).
Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Thursday, December 9, 2010

Membeli dan menjual emas fizikal melalui syarikat Public Fine Gold International Sdn Bhd

Sebelum tue den nak ucapkan selamat datang dan tahniah diucapkan kepada seorang lagi agen pancaranemas iaitu En Mohd Suhaib dari Johor Bahru dan kehadiran beliau dalam dunia pelaburan sangat kami alu-alukan. Ok lah, dipendekkan cerita, di sini den nak kongsikan satu lagi maklumat yang den petik daripada web jutawanemas.com.. diharap sedikit sebanyak dapat membantu.. Jom tambah maklumat lagi..

.......................................................

Salam sejahtera kepada semua pembaca. Kita berjumpa kembali selepas cuit raya yang panjang. Bestnyer cuti raya, balik kampung jumpa family. Then bila kembali, kita sambung cakap pasal emas ok

Bila bercakap tentang pelaburan emas fizikal, saya selalu mencadangkan supaya anda membeli syiling emas atau gold bar (Kijang Emas, UOB Bank atau PAMP Suisse). Ini kerana perbezaan antara harga beli dan jual yang rendah membolehkan kita mendapat keuntungan yang lebih tinggi apabila harga emas. Tak seperti pelaburan melalui barang kemas yang akan ditolak antara 15% – 20% dari harga emas semasa.



Namun begitu, rata rata pembaca memberi komen yang syiling Kijang Emas dan gold coin UOB bank selalu sold out. Tak boleh nak beli sebab takde stok… ramai sangat orang beli. Kalau ada stok pun tak boleh nak booking, kena cash on delivery dan siapa cepat dia dapat… itu yang susah sikit tu..



Namun sekarang, masalah itu boleh dikurangkan. Sebab saya dah jumpa satu syarikat yang membuat aktiviti menjual dan membeli emas untuk pelaburan dengan harga menarik dan kualiti 24K. Anda boleh membeli emas kat sini


Nama syarikat ini ialah Public Fine Gold International Sdn. Bhd.

Alamatnya:

Public Fine Gold International Sdn Bhd
(818840-U)
12E Ground Floor, Jalan Rumbia,
11900 Bukit Jambul, Penang.
Tel : 04-644 9999

Nama pendeknya ialah Public Gold.

Saya telah dimaklumkan tentang syarikat ini pada awal bulan puasa yang lalu. Jadi, saya pun buat research dulu dengan melayari laman web syarikat Public Gold di www.publicgold.com.my


Emas Yang Dijual

Public Gold menawarkan syiling emas dan gold bar kepada pembeli.

Untuk syiling emas cuma terdapat 1 saiz iaitu 50 gram (emas 24K)

Bagi gold bar pula, ia terdapat dalam saiz 20 gram, 50 gram dan 1 Kg (emas 24K)


Syiling emas dan gold bar yang dijual. Klik untuk besarkan

Syiling emas dan gold bar keluaran Public Gold memang cantik, Ini antara gambar-gambar syiling emas dan gold bar Public Gold yang saya ambil:


Syiling emas 50g, emas 24k




Gold Bar 50 gram - emas 24k




Gambar belakang Gold Bar




Setiap gold bar ada siri nombor dan certificate




Ujian berat dan ketulenan.

Saya telah meminta agar emas ini diuji menggunakan precious metal tester untuk menguji berat dan ketulenannya… of course la.. nak recommend kat orang kena test dulu betul tak?

Untuk timbang berat, ini keputusannya:


Berat gold bar 50gram – timbang dapat 50.01gram

.

Untuk ujian ketulenan pula ini hasilnya:

Keputusan: Gold 24K (999.9)

Namun apa yang lebih menarik ialah harganya…


Harga belian dan jualan.

Anda boleh melihat sendiri harga belian dan jualan emas Public Gold di laman web mereka www.publicgold.com.my



Screenshot harga emas di laman web Public Gold

Terdapat kos penghantaran yang perlu ditambah iaitu:

RM10 untuk gold bar 20gram,
RM20 untuk gold bar 50gram
RM30 untuk gold bar 100 gram.




Cara membeli dan menjual emas.

Syarikat ini berpusat di Pulau Pinang, so untunglah orang-orang Penang nie. Mudah nak beli sebab dekat.

Buat masa ini, jika anda nak beli, anda perlu menelefon pejabat mereka di 04-6449999. Harga semasa akan diberitahu kepada anda, jika berminat, maka Public Gold akan menghantar kontrak melalui emel atau fax kepada anda. Anda perlu tandatangan kontrak ini dan hantar balik kepada Public Gold.

Untuk pembayaran pula, anda boleh bayar 30% deposit daripada harga emas tersebut dan bakinya dijelaskan ketika menerima emas ataupun bayar 100% sewaktu order emas tersebut (bank-in ke dalam akaun bank Public Gold).

Jika anda ada soalan mengenai penghantaran, baik tanya sewaktu nak order bagi mengelakkan masalah.

Untuk keterangan lanjut, anda boleh refer cara membeli di sini: http://www.publicgold.com.my/content/view/39/69/




Perancangan jangka panjang syarikat.

Saya dimaklumkan bahawa Public Gold akan mengeluarkan Dinar Emas pada masa hadapan. Konsepnya seperti Dinar Emas Kelantan. Harga belian dan jualan pun lebih kurang sama dengan Dinar Emas Kelantan. Jadi, kita tunggulah kemunculannya di masa hadapan. Kalau Dinar tu dah keluar, saya akan update dalam blog ini.

Selain itu, lebih banyak cawangan Public Gold akan dibuka di seluruh negara.

Ok, ini summary saya:




Kebaikan:

1. Harga emas fizikal yang dijual adalah sangat kompetitif
2. Emas 24K, 999.9 dan Kualiti minting yang cantik.
3. Harga belian balik yang menarik ( cuma -1% dari harga emas semasa)
4. Boleh beli emas pakai kad kredit (tambah 3% dari nilai belian)
5. Laman web syarikat yang informatif tentang emas.
6. Emas nie emas fizikal, so boleh gi pajak kat bank Rakyat or Agro Bank




Kelemahan:

1. Syarikat nie kat Pulau Pinang, so kalau nak melawat kena ke sana.
2. Tak banyak cawangan lagi di seluruh Malaysia.
3. Saiz emas bermula dengan 20 gram. So mungkin agak tinggi bagi sesetengah orang.

Saya berpendapat, Public Gold menawarkan peluang terbaik untuk membuat pelaburan emas fizikal. Dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak stabil, membeli emas adalah pelaburan terbaik. So, apa tunggu lagi. Mulakan pelaburan emas anda sekarang.



0 comments:

TO SAVE YOUR FAMILY, BUY GOLD..
TO HELP OUR NATION, KEEP GOLD..
TO FOLLOW YOUR RELIGION, USE GOLD..

Louis Ng..

Blogger templates made by AllBlogTools.com

Back to TOP